Dua Lagi Khidmat MRT Tergendala (Suria Berita)
Perkhidmatan MRT di laluan Timur-Barat dari stesen Boon Lay hingga ke Joo Koon tergendala tengah hari tadi disebabkan kerosakan bekalan elektrik di landasan. Ini diikuti lebih kurang setengah jam kemudian dengan gangguan perkhidmatan di laluan Circle Line antara stesen Caldecott dan Botanic Gardens disebabkan kerosakan isyarat. Masalah dapat diatasi kira-kira sejam setengah kemudian dan operasi di kedua-dua laluan kembali lancar awal petang tadi. www.facebook.com (Video/MediaCorp Suria Berita)